Monday, December 13, 2010

Aku hanya hambaNya yang hina. Aku masih mempunyai cela.

Aku paling alergik kat orang yang khianati aku. Lagi-lagi kalau dikhianati oleh orang yang paling kita percaya, paling kita sayang. Siapa la yang tak sakit hati?

Ada orang akan berdendam dan takkan memaafkan. Aku?

Aku sudah memaafkan. Sebab bagi aku setiap orang ada alasan tersendiri atas setiap perlakuan mereka. Aku percaya itu. Itu sebab kawan-kawan suka bebel kat aku, terlalu baik sangka kat semua orang.

Tapi kita pun tak ada la sempurna mana untuk hukum orang macam tu. ye tak? Lagi pun, banyak jugak perkara baik yang diorang dah buat untuk aku berbanding 1 pengkianatan terbesar diorang. Kau mampu balas balik semua perkara baik yang diorang dah buat?


Yup, aku memaafkan diorang. Dan berkawan semula dengan diorang. Tapi maaf, aku manusia hina. Aku ada cela. Aku tak mampu untuk lupakan segala yang korang dah buat kat aku. Hati ini terlalu terluka bila dikenang pengkhianatan yang korang lontarkan pada aku.


Jangan risau, aku masih memaafkan. Namun, aku tak boleh menghadapi diri kamu. Mendengar namamu pun sudah cukup menyakitkan. Sedaya upaya aku cuba lupakan. Namun, ia masih segar dalam ingatan ini.


Senyum ikhlas yang aku berikan kepadamu kadang terasa sungguh pedihnya. Hati menangis pedih. Saat itu terdetik rasa hati, mengapa masih aku rasa kepedihan luka lalu yang ditinggalkan padaku?


Walau bertahun telah berlalu untuk aku lupakan pengkhianatan itu. Maaf, aku tak boleh. Selalu aku doa agar memori pahit itu terlupus, terhapus. Aku harap kau jua mendoakan agar memori ini terhapus. Supaya kita dapat bersua muka lagi dan tiada lagi senyum palsu yang kan aku lontarkan pada kamu.


Maaf sekali lagi. Ini hanya luahan perasaan yang terasa berat untuk dipikul lagi. Menjadi hipokrit demi menjaga hati orang lain adalah sangat memenatkan.

3 comments:

  1. Assalamualaikum iqa.....

    Adat dalam berkawan, ada yang suka dan ada yang tidak. Ada yg blh terima kita seadanya, tapi ada yang tidak. DAn nak cari kawan yang betul-betul 'ngam' dengan kita bukanlah mudah tapi tak mustahil

    ReplyDelete
  2. waalaikumusalam akak..

    memang tak mudah tp tak mustahil.. saya admit tu.. sebab sy ada kwn baik yang sentiasa ada untuk saya selamanya.

    biarlah hanya mereka yang jadi sahabat sejati selamanya.. tak perlu tambah lagi. sebab sy dah serik di khianati.

    akk pun sntiasa dihati sy.. walau kita jauh di mata.. :) xoxoxo

    ReplyDelete
  3. salam atiqah, saya jenis pemaaf, tapi takkan lupa. memang serik dan selalu berhati2 espcially yg mulut manis.

    by the way, tahu your blog dari peserta contest kenangan open house kak ina. nak ajak you joint my contest kalau berminat:
    CONTEST AZAM 2011
    kak ina pun ada sponsor cookies dia sebagai hadiah. hadiah lain termasuk cash/top up dan ebook

    ReplyDelete