Friday, November 26, 2010

Syarikat Hang Tuah di MAHA!

Alhamdulillah.. datang bergolek rezeki pagi-pagi ulang tahun kelahiran aku. Makcik aku panggil tolong dia setup booth Syarikat Hang Tuah kat MAHA, Serdang. Lepas dapat call je, terus aku siap-siap, adik aku datang amik aku bawak ke office Syarikat Hang Tuah. Pack semua barang nak bawa ke MAHA dan terus meluncur laju ke Serdang. Sampai sana setup booth kat Hall D.

Gila sejuk kat situ. Menggigil-gigil aku yang duduk kat dalam tu sementara tunggu barang-barang bawa naik. Rasa macam aku jadi daging beku pun ada gak. Makcik aku siap amik kain telekung balut badan lagi. Lantak la orang nak cakap apa. hehe






Kitorang siap-siap setup booth dalam pukul 7 malam. Dalam perjalanan ke KL, jem la pulak after tol plus Sg Besi. Ada kemalangan. Teruk jugak lah aku tengok. huhu. Oh, bydaway, aku just tolong setup booth je kat sana. Nak buat promotion, xder la. Ayah dah awal-awal lagi book aku pergi berjalan. Kemana? aku tak tau.. Katanya surprise. Pandai pulak ayah nak main surprise-surprise kan? Korang tunggu jela post ahad atau isnin ni ok? hehe


So, korang datang la kat MAHA ok. Hall D, booth no 0155. Macam-macam ada.. hehe

2 comments:

  1. wei wei weiiii kopi hang tuah tu feveret akuuuuu!

    ReplyDelete
  2. laaa... ye ker??? kalau tahu dulu aku bwk gi tikl bg kau! hehe

    ReplyDelete