Saturday, February 6, 2010

lawak sengal2...

kisah benar yang diceritakan oleh ibu padaku pagi tadi.

penjual:
dik, nak makan roti apa dik?

budak sekolah: bagi saya roti canai banjir kak, letak la sampan dengan bot sekali.

penjual: ...???

penjual: minum dik?

budak sekolah: bagi saya air suam secukup rasa.


p/s: penjual tu ibu aku... geleng kepala dibuatnya.. huhuhu

Friday, February 5, 2010

debaran

resah tak tentu hala. dinner kolej aku makin dekat. 2 hari jeer lagi. hati dah makin dup..dap..dup..dap.. kepala ni dah bengong2 dah..

xsabar rasanya nak lepaskan segala keresahan ni... ahad! cepatla datang!

Tuesday, February 2, 2010

hard week...

salam satu malaysia. cewah pembuka kata padahal tak tau nak tulis apa. aku memang fail sikit bila nak buat pendahuluan post ni. merapu meraban lah jadinya. see?? dah start dah.

ok, let see...

*
*
*
*
*
*
*
*

actually, banyak yang membelenggu fikiran aku. kerja terutamanya. berlambak2. tapi somehow, perkara2 ni tak pernah membuatkan aku menjadi se'stress' masalah aku yang satu ni. nak jer aku ceritakan kat sini, tapi mungkin sini terlalu terbuka untuk aku luah kan. arghhh. biarkan. ketepikan dahulu. sekurang2nya sehingga minggu test aku berakhir dulu. then i'll settle it. and i really hope ia akan settle as soon as possible. apapun resultnya, aku akan terima hati yang terbuka. yang penting diri ini tak akan lagi dibelenggu tanda tanya. please. begging you.

this week not only hard for me, also for my bestfriends, ally and pipah. masing2 pun ada masalah yang lebih kurang sama macam aku. hurm..kenapa ye lelaki begitu? atau kami yang tak berapa memahami kaum adam ni? kalau benar kami yang tak memahami, please teach us. understanding was really important in relationship. ^_^

but its one thing,that you guys must know about us the girls... we girls can easily fall in love with someone who cares about us. so please do not care about us too much if u dont love us. please. coz, actions talk louder than words. but now, the actions make us more confuse about how u're feel about us. please. if u do like us, just say it. if u dont, just confess it. dont let us wondering.. huhu.. *i dont know about other girls thought about this, but at lease for me it works.*

for u, pipah and ally... hope both of u can through your problem. i'll always be here for you girls.. pray for the best for both of you.. oh God, miss them soo much! bila nak jumpa ni? need your hugs! T_T

Sunday, January 31, 2010

warkah

Takkan lagi aku menunggu
kau hadir di dalam mimpi-mimpiku
puasku mengharapkan dirimu
seperti mereka yang punya cinta

Diriku tanpa dirimu
kau tempuhi penuh bahagia
diriku mahu kau tahu
pedih ini kau tak terasa

Warkahku mengharapkan dirimu
seperti yang aku kenali dulu
setiaku menantikan dirimu
seperti setianya terhadap diriku

Tapiku melepaskan mu
melangkah namun tak berdaya
terusku terus menunggu
cinta yang takkan pernah ada

Lagu: Chot Ali
Lirik: Chot Ali/Bahri Uma

Thursday, January 21, 2010

SUKZA 2010

its already a week after SUKZA 2010.. dah rasa mcm dah terlambat dah nak post. tapi tak kira, aku nak post gak! The most important thing, ARIF hampir bolot sume gelaran juara hari tu! weee~





















p/s: mana la kaki tak elok2.. duk melompat sana sini.. huk2..

Friday, January 8, 2010

perihal kaki, MAKP, SUKZA dan Bola jaring...

aduh... tempang sekejap.. gara2 main bola jaring memakai selipar, ini lah padahnya.. kaki aku terseliuh dan mula membengkak di bahagian buku lali kaki kanan. tempat yang sama seperti 3tahun lepas masa aku jatuh tangga surau sekolah aku dulu. dan masa kena pun sangat tepat *nada sinis* iaitu petang hari sebelum reheasel persembahan MAKP 18 di hadapan felo2 sebelah malamnya. sgt bagus. ku gagahkan jugakla kaki ni nak menari. takpe2. felo ku sume baik2. walaupun ramai yang tempang, (selain aku ada 3 org lg yang cedera), pujian telah diberikan. agaknya felo xsampai hati nk reject persembahan kitorg kot. haha.. ada hikmah gak ramai dak unit aku tempang2 belaka..

hurm..hari ni jumpa doktor buat kali ke2. alhamdulillah, doktor kata kaki ku semakin pulih. tapi kalau isnin ni kaki still lg sakit, aku terpaksa menapak ke Pusat Kesihatan Universiti lagi buat kali ke3. harapnya kaki ku ini xder la ngada2 nya. SUKZA minggu depan. aku taknak hampakan blok aku untuk pertahankan kejuaraan pertandingan bola jaring nanti. oh ya, gelaran juara bola tampar pun sedang menantikan kami warga arif. Yeay!

Sunday, January 3, 2010

pesan buat diri...

~semua yang berlaku dirancang dgn teratur olehNYA.. walau perit di mata, namun suatu hari akan terbongkar segala hikmah disebalik setiap ketentuanNYA...~ percaya dalam hati, tetapkan dalam jiwa.. pasti kau akan temui bahagia~

rahsia hati

mata melihat
telinga mendengar
ingin ku tahan
tapi apakan daya
hati terusik
jiwa merana
ingin bersuara
siapa yang mendengar

aku disini
menanti penuh tanya
apa kesudahan
adakah bahagia


ingin ku hentikan
segala derita
tapi apa daya
aku hanya gadis biasa
yang bisa mengukir tawa
tetapi menangis dalam jiwa

Tuesday, December 29, 2009

krismas & in love with peace

oleh kerana krismas adalah public holiday, kami pun bercuti jugaklah dari kerja2 MTM.. masa ni masing2 nak melepaskan sgala beban kerja n just wanna have fun for a day sebelum diri dibelenggu tugas2 yang berat2 belaka sem ni.. apa lagi.. kita enjoy!!!! =p

kami adalah gadis bowling..




kami juga gila berposing...




kami mampu menyanyi tanpa henti...




walaupun tiada duit, kami masih gembira ber'window shopping'... =p




bertarikh 27 dec pula berlangsung nya konsert koir kebangsaan 'In Love With Peace' di Malaysia Tourist Information Centre (MaTiC) jalan ampang.. aku pergi ditemani oleh Atul yang dgn beraninya bawak kereta manual ke KL.. agak gerun jugaklah tengok dia bawak kete tu.. beberapa kali jugakla aku mengucap panjang dalam hati.. haha =p








untuk pengetahuan anda sekalian, kami tidak mampu makan dalam Saloma Bistro ni.. hanya mengambil gambar entrance je yang kami mampu.. harap maklum.. =p

Tuesday, December 22, 2009

sampai akhirnya

alhamdulillah..
Dihantar oleh ayah tercinta, akhirnya aku selamat sampai kolej pukul 9setengah malam tadi.. berbekalkan 4 beg, aku pun dengan kental mendaki blok aku yang tak seberapa tingginya tu. abis merecik segala peluh yang ada. sorang beb aku angkut beg2 tu. bajet nak tunjuk hebat la nak angkut 4beg skaligus. tapi oleh sebab macam nak patah tangan aku hangkut beg2 tu, terpaksalah tinggalkan 2 beg separuh jalan. sampai bilik je, aduyai, tengok bilik macam dah boleh buat virus H1N1 dah. nekad gila aku merajinkan diri mengemop bilik tu. siap2, terus aku kemas semua benda alah dlm almari aku. peh. gila rajin aku. selalunya kalo balik kolej, dah duatiga hari baru aku unpack segala baju2 aku. xcaya tanya roomate aku. kan roomate kan?? hehe.. hurmm... ini permulaan yg baik. so, harap2 segalanya berjalan dgn baik dan lancar semester ni. amin...